Thursday 5 May 2011

LAGU-LAGU PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

1. LAGU PBSM
Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat berjasa untuk negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu aman atau bahaya
Bulan Sabit Merah gerakan sedunia
Membantu semua yang menderita
Badan sukarela berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat
Di mana jua adanya sengsara
Di situ ada kita
Di darat dan laut kita bersedia
Walau diancam bahaya

2. HULURKAN TANGAN
Di malam sepi
Risaunya hati
Saudara tak bererti lagi
Tenangkan fikiran
Hulurkan tanganmu
Kan tercapai dunia damai
Milikmu milikku
Kerana kedamaian
Hasil jiwa murni
Rela tabah hati
Sedia memaafkan
Kau kan tahu
Kita bersaudara
Renungkanlah
Biar kau dan aku
Terangi dunia
Mara ke hadapan
Hulurkan tanganmu
Untuk dunia damai

Wednesday 4 May 2011

PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH DAN PBSM

1. KEMANUSIAAN
    - berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta memupuk persefahaman,persahabatan,kerjasama dan kedamaian antara manusia.
2. KESAKSAMAAN
    - memberi bantuan tanpa membezakan bangsa,kaum,agama,darjat atau perbezaan politik.
3. BERKECUALI
    -tidak menyebelahi mana-mana pihak.
4. KEBEBASAN
    - diberi kuasa untuk bertindak secara bebas.
5. PERKHIDMATAN SUKARELAWAN
    - satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.
6. BERSATU
    - hanya terdapat satu PBSM atau PALANG MERAH di dalam sesebuah negara.
7. KESEJAGATAN
    - PBSM adalah sebuah pergerakan antarabangsa.

Tuesday 3 May 2011

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA

Apabila Malaysia terbentuk pada September 1963,PERSATUAN PALANG MERAH MALAYSIA telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang Merah Malaysia ( Perbadanan ) Akta 1965 ( Akta No.47 tahun 1965 ).
Pada tahun 1975 nama dan lambang persatuan ini telah ditukar kepada PERSATUAN BULAN SABIT MERAH dan kebenaran untuk menggunakan lambang BULAN SABIT MERAH yang berlatarbelakangkan putih dan perkataan BULAN SABIT diletakak hak kepada persatuan.

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALNG MERAH.Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika  berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.
Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah menerbitkab buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang berminat,Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu merereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut.
Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia,Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam.
Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.

Monday 2 May 2011

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya. 
Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:
1. Dresing steril - beberapa saiz.
2. Plaster - beberapa saiz.
3. Bendej tiga segi ( kain anduh )
4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )
5. Larutan Flavin ( Iodin)
6. Larutan atau krim antiseptik
7. Gunting kecil
 Peti pertolongan cemas
Peralatan asas yang perlu ada

APA ITU PERTOLONGAN CEMAS?

Pertolongan Cemas ( PC ) ialah bantuan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit dengan tiba-tiba.Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC lebih merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya daripada doktor atau ahli perubatan diperolehi.
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan perubatan tiba.
2. Mencegah mangsa daripada menjadi semakin teruk.
3. Membantu mangsa supaya pulih, jika boleh.
4. Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya kepada mangsa dan orang lain.

Sunday 1 May 2011

PENGENALAN

Blog ini dihasilkan untuk memberi pendedahan mengenai panduan kesihatan, keselamatan dan pertolongan cemas. Ianya bertujuan untuk melengkapkan diri terutama sekali kepada ahli PBSM SMKDWAR dengan ilmu pertolongan cemas dan pengetahuan mengenai langkah-langkah keselamatan yang patut diamalkan. Semoga dengan ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. Ingatlah, malang tidak berbau!