Sunday 22 January 2012

BUKU KENANGAN DI SOLFERINO

Hasil karya Jean Henry Dunant ( 8 Mei 1828 - 30 Oktober 1910 ) yang menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera yang berlaku di Solferino.
Dari penulisan inilah telah berjaya menyedarkan banyak pihak sehingga tertubuhnya ICRC (Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ) pada tahun 1963.

Friday 30 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

PBSM SMKDWAR ( SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi,Changkat Jering, Perak ) mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua terutama kepada ahli PBSM SMKDWAR, warga SMKDWAR serta pengunjung blog ini.

Thursday 29 September 2011

Sesi Bergambar Guru & AJK


Sesi bergambar unit beruniform telah diadakan pada hari Rabu 28 September 2011.
Pelajar sedang menunggu giliran.
Jurukamera bersama AJK Redaksi Majalah.
Pn Sofiah Zainon- Penasihat PBSM
....dan akhirnya....Snap!

Tahniah!Tahniah!Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada dua orang guru penasihat PBSM SMKDWAR iaitu Pn Nurul Huda Saleh dan Pn Sofiah Zainon.

 
Pn Nurul Huda Saleh yang telah mendapat cahayamata ke 3 pada 27 Ogos yang lalu.
 Pn Sofiah Zainon yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 7 Oktober 2011.

Saturday 20 August 2011

Denyutan Nadi

Purata denyutan nadi seperti berikut:
* Orang Dewasa : 60-80 denyutan seminit.
* Remaja             : 70-90 denyutan seminit.
* Kanak-kanak    :  80-90 denyutan seminit.
* Bayi                 :  90-120 denyutan seminit.
Denyutan nadi bertambah dalam beberapa keadaan seperti:
- disebabkan penyakit ,contoh; penyakit lebih aktiviti kalenjar tiroid.
- semasa cemas atau tertekan.
- akibat kemalangan atau kecederaan.
- aktiviti sukan.

Thursday 21 July 2011

Aktiviti Kokurikulum



Rabu- 20 Julai 2011.
Perjumpaan Kokurikulum :Unit Uniform
Slot 1: Teori Dan Praktikal
Ahli didedahkan mengenai dresing,jenis-jenis dresing,fungsi serta cara penggunaannya. Setiap ahli juga diberikan potongan kain kasa ( sejenis dresing) untuk dilekatkan dalam buku log.
Slot 2: Kraftangan ( Membuat Rantai Kunci )

Bahan untuk membuat rantai kunci...stiker,rantai kunci,salotape,gunting dan penebuk lubang
Rantai kunci yang dah siap!

Abdul Azim bersama rantai kunci hasil kerja tangannya.

Jevanes Kumari berbangga dengan rantai kuncinya.

Thursday 14 July 2011

PBSM @ Kejohanan Sukan Tahunan SMKDWAR

Pagi tadi,berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan SMKDWAR bagi kali ke 18. Unit PBSM tidak terkecuali menyertai perbarisan kawad kaki.
Pasukan PBSM SMKDWAR ini telah dibimbing oleh Pn Sofiah Zainon
Pasukan PBSM SMKDWAR yang dipimpin oleh Nur Haleeda Mohd Husin,pembawa bendera,Loqman Mat Salleh dan pembawa sepanduk,Syazwani Mat Hozir.

Ketua pasukan,Nur Haleeda Mohd Husin



Meskipun tidak mendapat sebarang tempat,tetapi komitmen dan kerjasama daripada peserta yang mengambil bahagian patut dipuji.

Wednesday 13 July 2011

Raptai Sukan

Hari ini sepanjang pagi unit PBSM mengikuti raptai penuh sempena Kejohanan Tahunan kali ke 18.

Tuesday 12 July 2011

Latihan Kawad Kaki

Kejohanan Sukan Tahunan Sukan hampir tiba. setiap unit uniform dan rumah sukan kini sibuk mengadakan latihan kawad kaki bagi perbarisan pada kejohanan nanti.
Unit PBSM juga tidak terkecuali. Kini setiap petang, peserta kawad kaki giat menjalankan latihan.
Walaupun kehadiran peserta pada waktu petang agak merosot,tetapi "kredit" patut diberi kepada mereka yang hadir .
Mereka tetap memberikan komitmen yang baik sepanjang latihan walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca yang panas.

Saturday 9 July 2011

DRESING ( PEMBEBAT )

Dresing atau pembebat ialah pembalut luka yang digunakan untuk menutup luka, mengawal pendarahan serta berfungsi meresap sebarang cecair yang keluar daripada luka. Di antara jenis-jenis dresing ialah:
1.Plaster
Digunakan untuk luka kecil atau kulit melecet  tetapi jangan biarkan sesuatu plaster itu terlalu lama di atas luka.

2.Dresing steril
Dresing ini paling sesuai untuk luka yang agak besar. Dresing ini biasanya diperbuat daripada kain kasa,kapas dan bendej. Oleh itu,ianya lengkap sebagai satu alat penebat luka.

3.Kain Kasa
Digunakan untuk menutup luka besar atau kulit terbakar.
4. Sebarang kain
Jika tiada dresing yang khusus,sebarang kain yang ada boleh digunakan seperti sapu tangan,kain,tuala dan sebaginya,tetapi hendaklah dipastikan bahan-bahan tersebut bersih.

Friday 8 July 2011

PBSM @ ACARA SUKAN

Acara sebelum sukan di SMKDWAR dijalankan selama tiga hari berturut-turut iaitu dari 5-7 Julai 2011. Dan tentu sekali petugas PBSM tidak ketinggalan bersedia menjalankan tugas selaras dengan moto PBSM :SEDIA BERKHIDMAT.
Seorang petugas sedang membantu peserta.

Seorang peserta tarik tali sedang menerima rawatan.
Petugas PBSM bersama guru penasihat PBSM,Ustzh Rugayah.
Walaupun penat,petugas PBSM masih tetap ceria.

Wednesday 22 June 2011

MELUKIS POSTER

Satu pertandingan melukis poster telah diadakan ketika waktu aktiviti ko-kurikulum yang bertemakan KESIHATAN. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada lima kategori iaitu Tingkatan 1-5. Bagi setiap tingkatan,hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih.

Thursday 9 June 2011

AHLI JAWATANKUASA PBSM SMKDWAR 2011

PENGERUSI
Nor Farahin Bt Mohd Shukeri

NAIB PENGERUSI
Nur Haleeda Bt Mohd Husin

SETIAUSAHA
Nor Syamimi Bt Osman

NAIB SETIAUSAHA
Syazwani Bt Mat Hozir

BENDAHARI
Noraini Bt Kadari

AJK Tingkatan 1 : Mohd Rusydi & Fatin Nor Hidayah
AJK Tingkatan 2:  Muhd Bazli Asyraf & Siti Rokiah
AJK Tingkatan 3 : Muhd Saufi & Ramani
AJK Tingkatan 4: Muhd Asrul
AJK Tingkatan 5 : Muhd Yusri

GURU PENASIHAT PBSM SMKDWAR 2011

Berikut adalah guru penasihat PBSM SMKDWAR 2011:
 Pn Sofiah Bt Zainon - KETUA
Guru Akademik: Matematik & Fizik

 Pn Rugayah Bt Mohd Noor
Guru Akademik : Pendidikan Islam

 Pn Norhayati Bt Hamzah
Guru Akademik: Bahasa Melayu

 En Gunabalan A/L Vellasamy
Guru Akademik : Bahasa Inggeris

En Nor Azman B Ahmad
Guru Akademik : Bahasa Melayu

En Ismail B Ann
Guru Akademik : Bahasa Melayu

Pn Nurul  Huda Bt Saleh
Guru Akademik: Prinsip Akaun

PENCAPAIAN PBSM SMKDWAR PERINGKAT KEBANGSAAN

Pn Norhayati  ceria menerima hadiah dan sijil.
Unit PBSM SMKDWAR pernah memperolehi pencapaian cemerlang apabila berjaya mewakili negeri Perak ke Pertandingan Melukis PBSM Peringkat Kebangsaan. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 8 Ogos 2009 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Pasukan PBSM SMKDWAR telah diwakili oleh 4 pelajar Tingkatan 5 bersama guru pengiring, Pn Norhayati Bt Hamzah.
Pelajar yang ke pertandingan tersebut ialah :
- Lailatul Ulya Bt Mohd Saad
- Siti Nur Eisyah Bt Abd Malek
- Siti Zulikha Bt Mahat
- Siti Hawa Bt Shafie
Mereka pulang membawa tempat keempat.