Dresing atau pembebat ialah pembalut luka yang digunakan untuk menutup luka, mengawal pendarahan serta berfungsi meresap sebarang cecair yang keluar daripada luka. Di antara jenis-jenis dresing ialah:
1.Plaster
Digunakan untuk luka kecil atau kulit melecet tetapi jangan biarkan sesuatu plaster itu terlalu lama di atas luka.
2.Dresing steril
Dresing ini paling sesuai untuk luka yang agak besar. Dresing ini biasanya diperbuat daripada kain kasa,kapas dan bendej. Oleh itu,ianya lengkap sebagai satu alat penebat luka.
3.Kain Kasa
Digunakan untuk menutup luka besar atau kulit terbakar.
4. Sebarang kain
Jika tiada dresing yang khusus,sebarang kain yang ada boleh digunakan seperti sapu tangan,kain,tuala dan sebaginya,tetapi hendaklah dipastikan bahan-bahan tersebut bersih.
No comments:
Post a Comment