Thursday 21 July 2011

Aktiviti Kokurikulum



Rabu- 20 Julai 2011.
Perjumpaan Kokurikulum :Unit Uniform
Slot 1: Teori Dan Praktikal
Ahli didedahkan mengenai dresing,jenis-jenis dresing,fungsi serta cara penggunaannya. Setiap ahli juga diberikan potongan kain kasa ( sejenis dresing) untuk dilekatkan dalam buku log.
Slot 2: Kraftangan ( Membuat Rantai Kunci )

Bahan untuk membuat rantai kunci...stiker,rantai kunci,salotape,gunting dan penebuk lubang
Rantai kunci yang dah siap!

Abdul Azim bersama rantai kunci hasil kerja tangannya.

Jevanes Kumari berbangga dengan rantai kuncinya.

Thursday 14 July 2011

PBSM @ Kejohanan Sukan Tahunan SMKDWAR

Pagi tadi,berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan SMKDWAR bagi kali ke 18. Unit PBSM tidak terkecuali menyertai perbarisan kawad kaki.
Pasukan PBSM SMKDWAR ini telah dibimbing oleh Pn Sofiah Zainon
Pasukan PBSM SMKDWAR yang dipimpin oleh Nur Haleeda Mohd Husin,pembawa bendera,Loqman Mat Salleh dan pembawa sepanduk,Syazwani Mat Hozir.

Ketua pasukan,Nur Haleeda Mohd Husin



Meskipun tidak mendapat sebarang tempat,tetapi komitmen dan kerjasama daripada peserta yang mengambil bahagian patut dipuji.

Wednesday 13 July 2011

Raptai Sukan

Hari ini sepanjang pagi unit PBSM mengikuti raptai penuh sempena Kejohanan Tahunan kali ke 18.

Tuesday 12 July 2011

Latihan Kawad Kaki

Kejohanan Sukan Tahunan Sukan hampir tiba. setiap unit uniform dan rumah sukan kini sibuk mengadakan latihan kawad kaki bagi perbarisan pada kejohanan nanti.
Unit PBSM juga tidak terkecuali. Kini setiap petang, peserta kawad kaki giat menjalankan latihan.
Walaupun kehadiran peserta pada waktu petang agak merosot,tetapi "kredit" patut diberi kepada mereka yang hadir .
Mereka tetap memberikan komitmen yang baik sepanjang latihan walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca yang panas.

Saturday 9 July 2011

DRESING ( PEMBEBAT )

Dresing atau pembebat ialah pembalut luka yang digunakan untuk menutup luka, mengawal pendarahan serta berfungsi meresap sebarang cecair yang keluar daripada luka. Di antara jenis-jenis dresing ialah:
1.Plaster
Digunakan untuk luka kecil atau kulit melecet  tetapi jangan biarkan sesuatu plaster itu terlalu lama di atas luka.

2.Dresing steril
Dresing ini paling sesuai untuk luka yang agak besar. Dresing ini biasanya diperbuat daripada kain kasa,kapas dan bendej. Oleh itu,ianya lengkap sebagai satu alat penebat luka.

3.Kain Kasa
Digunakan untuk menutup luka besar atau kulit terbakar.
4. Sebarang kain
Jika tiada dresing yang khusus,sebarang kain yang ada boleh digunakan seperti sapu tangan,kain,tuala dan sebaginya,tetapi hendaklah dipastikan bahan-bahan tersebut bersih.

Friday 8 July 2011

PBSM @ ACARA SUKAN

Acara sebelum sukan di SMKDWAR dijalankan selama tiga hari berturut-turut iaitu dari 5-7 Julai 2011. Dan tentu sekali petugas PBSM tidak ketinggalan bersedia menjalankan tugas selaras dengan moto PBSM :SEDIA BERKHIDMAT.
Seorang petugas sedang membantu peserta.

Seorang peserta tarik tali sedang menerima rawatan.
Petugas PBSM bersama guru penasihat PBSM,Ustzh Rugayah.
Walaupun penat,petugas PBSM masih tetap ceria.